Friday, April 25, 2008

Enakmen lindungi pekerja estet di S'gor - Malaysiakini

By Jimadie Shah Othman | Apr 24, 08 5:09pm

Kerajaan Selangor bercadang menggubalkan enakmen bagi melindungi hak-hak pekerja estet di negeri tersebut.

Menurut exco kerajaan Selangor Dr A Xavier Jayakumar pihaknya telah selesai membincangkan perkara tersebut dan akan merujuknya kepada pakar-pakar dalam bidang tersebut.

Katanya, beliau juga akan meminta pandangan exco-exco kerajaan negeri yang lagi bagi memantapkan lagi enakmen tersebut.

Beliau yang mempengerusikan jawatankuasa tetap kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin Selangor memberitahu demikian selepas mesyuarat mengatasi masalah kemiskinan di negeri Selangor di di Shah Alam hari ini.

“Selepas perbincangan panjang lebih dua jam, kami menyimpulkan bahawa perlu digubal enakmen di Selangor untuk memastikan hak-hak pekerja estet dihormati dan dipertahankan.

Sediakan asrama

"Melalui enakmen ini, kita bercadang memperkenalkan skim perumahan untuk pekerja estet," katanya.

Di samping itu, katanya, kerajaan negeri juga bercadang menyediakan kemudahan asrama, lengkap dengan kemudahan pembelajaran bagi pelajar berpotensi dari kawasan estet.

“Kerajaan melihat anak-anak pekerja estet sebagai anak-anak kumpulan minoriti yang datang dari golongan berpendapatan kecil dan keluarga bermasalah yang patut dibantu.

"Kita akan sediakan kemudahan asrama untuk mereka selepas tamat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Nak buat sekolah bukan dalam bidangkuasa kita (kerajaan negeri),” katanya lagi.

Selangor, tambahnya, memerlukan lebih banyak sekolah Tamil di kawasan Bandar.

"Kecenderungan semasa menunjukkan golongan kelas pentengahan India mula menghantar anak mereka ke sekolah Tamil," katanya.

No comments: