Apr 20, 08 2:51pm - Malaysiakini
Wakil rakyat DAP bagi Sungai Pinang, Teng Chang Khim telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Beliau merupakan penyandang bukan Melayu pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut.
Pelantikan Teng yang merupakan bekas ketua pembangkang di DUN Selangor, diumumkan oleh menteri besar, Khalid Ibrahim hari ini.
Pengumuman itu mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa Teng akan dilantik sebagai Speaker selepas tidak dilantik dalam barisan exco kerajaan negeri Selangor.
Sementara itu, bekas setiausaha agung Gerakan, Lee Kah Choon, yang bersara dari politik tiga minggu lalu, dijangka dilantik sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) dan InvestPenang.
Rabu lalu, edisi bahasa Cina Malaysiakini melaporkan ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijangka melantik Lee ke jawatan tersebut bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
PDC berfungsi sebagai badan pelabur kerajaan negeri dan antara tugasnya ialah untuk merancang projek-projek pembangunan, manakala InvestPenang pula ditugaskanmenarik pelabur ke negeri tersebut.
Lembaga pengarah PDC secara tradisinya diketuai oleh dua timbalan ketua menteri - Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P Ramasamy.
Bulan lalu, Lee melepas semua jawatan parti yang disandangnya, iaitu pengerusi Gerakan bahagian Jelutong, penolong setiausaha Gerakan Pulau Pinang, anggota jawatankuasa kerja Gerakan di peringkat negeri dan pusat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment