Wednesday, May 21, 2008

Cukai kekal kerana kos PBT tinggi - Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 21, 08 12:37pm

1. Cukai taksiran di Selangor tidak dapat diturunkan seperti dijanjikan dalam pilihanraya umum lalu kerana pendapatan itu tidak dapat menampung perbelanjaan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tinggi, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah, kerajaan negeri sekarang dalam usaha mencari jalan mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan PBT.

2. Manifesto bersama PKR dan PAS Selangor dalam pilihanraya umum lalu antaranya menjanjikan pengurangan 20 peratus cukai pintu kediaman dan 10 peratus cukai premis komersial kepada pengundi jika berjaya mentadbir negeri itu.

3. "Sekiranya kerajaan negeri berjaya mengurangkan perbelanjaan PBT, beta berharap penjimatan ini dipulangkan kepada rakyat menerusi cukai taksiran yang lebih rendah," titah baginda ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

4. Sultan Sharafuddin juga menyeru golongan wanita memahami hak-hak mereka dan keluarga dari sudut perundangan.

"Beta berbangga melihat lebih ramai wanita di dalam tampuk pemerintahan beta.

More news at www.malaysiakini.com

No comments: