Wednesday, May 21, 2008

Langkah merakyatkan ekonomi S'gor - Malaysiakini

Oleh Jimadie Shah Othman | May 21, 08 12:37pm

Sultan Selangor bertitah, kerajaan Selangor akan meneruskan pengurusan perbelanjaan negeri yang mengarahkan kepada dasar bajet berimbang supaya perbelanjaannya tidak melebihi hasil pendapatan negeri.

Pengurusan perbelanjaan itu, titah baginda lagi, diteruskan dari bajet 2008 yang merupakan yang ketiga dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

Bertitah merasmi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor
di Shah Alam pagi tadi, baginda menegaskan bahawa negeri Selangor dianugerahkan dengan pelbagai kemakmuran yang melimpah.

Justeru, titah baginda, limpahan nikmat yang dikurniakan ini, perlulah diagih secara adil dan saksama supaya kualiti hidup rakyat Selangor dapat dipertingkatkan.

Titah baginda, langkah tersebut bertepatan dengan langkah merakyatkan ekonomi Selangor.

Fokus perbelanjaan, titah baginda, akan ditumpukan kepada kesejahteraan kualiti hidup rakyat dan memperkasakan sistem penyampaian tadbir urus yang baik.

Di samping itu, kerajaan akan mengekalkan langkah meningkatkan hasil dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negeri, titah baginda.

Baginda juga menasihatkan rakyat Selangor supaya mengamalkan budaya penjimatan penggunaan air.

Dengan adanya dasar bekalan air 20 meter padu percuma kepada pengguna kediaman bermeter individu, bermula 1 Jun ini, baginda bertitah mereka tidak sepatutnya membazir.

No comments: