Wednesday, May 28, 2008

'Pembangkang cuba politikkan Islam Hadhari' - Najib - The Star

KUALA LUMPUR: May 28, 2008 oleh NURUL AIN HUSSAIN

"Pembangkang cuba politikkan Islam Hadhari,". Demikianlah komen Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas mengenai isu Kerajaan Selangor yang mengharamkan sebarang pelaksanaan program berkonsepkan Islam Hadhari di negeri itu semalam.

Najib berpendapat kenyataan itu bersifat peribadi dan menegaskan Islam Hadhari merupakan satu pendekatan untuk memperkenalkan Islam sebagai sebuah agama.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor memandangkan ajaran Islam yang diamalkan di negara ini lengkap dan menyeluruh dari segala aspek kehidupan.

Justeru dengan arahan itu, semua masjid dan surau di negeri itu tidak dibenarkan menyentuh soal Islam Hadhari dalam khutbah sembahyang Jumaat.

No comments: