May 2, 08 3:17pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan mengangkat pada 8 Mei depan.
Upacara mengangkat sumpah itu akan diadakan di Kem Tahanan Kamunting pada jam 9 pagi, demikian menurut pembantu politik Manoharan, Damien Thanam hari ini.
Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Manoharan, yang mewakili DAP, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.
Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.
Manohan dan empat lagi pemimpin Hindraf - P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.
Kesemua Adun di Selangor, kecuali Manoharan, mengangkat sumpah pada 22 April lalu.
Pada hari berkenaan, Speaker Dewan Undangan Negeri, Teng Chang Khim dilaporkan berkata upacara mengangkat sumpah bagi Manoharan akan diatur secepat mungkin.
Menurutnya, ia akan diadakan dalam tempoh enam bulan dari tempoh seseorang itu dipilih sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya.
Sekiranya Manoharan tidak mengangkat sumpah dalam tempoh tersebut, kerusinya akan dikosongkan dan pilihanraya kecil perlu diadakan.
Sebelum ini, dua calon DAP yang ditahan di bawah ISA - Chan Kok Kit yang menang kerusi parlimen Sungai Besi dan Chian Heng Kai (Batu Gajah) dalam pilihanraya 1978 - mengangkat sumpah dalam kem tahanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment